26 October 2011

Perjalanan ke Ipoh - Singgah Hentian Tapah

Selamat petang semua.
Perjalanan ke Ipoh diteruskan selepas berhenti di bawah jambatan tadi kerana hujan. Setelah 1 jam perjalanan, Sop singgah sebentar di Hentian Tapah untuk minum. Tadi di Hentian Tanjung Malim berhenti isi minyak motor dan kini tiba isi minyak tuan motor pula. hehehehe.

Dalam perjalanan tadi ada beberapa tempat hujan juga tetapi tidak lebat dan Sop boleh teruskan perjalanan sahaja.

Kenderaan banyak juga hari ini mungkin kerana ramai pergi beraya atau bercuti. Sop pula yang bekerja pada hari cuti. hehehehe

Mrd Sop dah pesan tadi, penat berhenti. Kalau lama memandu pun berhenti. Sop jadi suami yang baik ikut cakap isteri. hehejehe

Terima kasih kepada rakan-rakan yang doakan perjalanan Sop. Semoga sampai ke destinasi dengan selamat. Amin



EmoticonEmoticon