MasterChef Malaysia - Menarik?

Rancangan realiti terbaru yang diambil dari rancangan luar mendapat sambutan?

Sop sempat melihat sedikit baru ini semasa pemilihan dari 40 peserta. Mungkin kerana sebelum ini selalu menonton MasterChef Australia dengan USA, kelihatan MasterChef Malaysia agak lemah.

Bagi peserta, mungkin masih peringkat baru untuk memperlihatkan bakat-bakat memasak tetapi ada yang mampu menghasilkan makanan dengan menarik. Lebih penting ialah juri-juri yang mengendalikan rancangan kurang berkesan. Bukan kepakaran mereka mengawal rancangan tetapi script yang disediakan seharusnya baik. Bila diumumkan "bermula sekarang", masa tinggal beberapa minit lagi, dan lain-lain lemah jer dengar. Ulasan pun tidak mantap dan kurang menarik.

Dari segi grafik atau animasi tv sangat baik. Review, tambahan video atau iklan yang diselitkan memang mantap.

Semoga rancangan MasterChef mampu menarik ramai suri rumah untuk masak sedap-sedap. Hehehehe

Sekian ulasan dari penilaian amatur yang tahu makan sahaja :)


Previous
Next Post »