06 October 2011

Lampu kalimantan atau lampu panjang

Salam sejahtera kepada semua.
Apa cerita hari ini?

Apa cerita pula ni Sop tajuk pasal lampu?
Tak ada cerita apapun sebenarnya. Hanya baru lepas memasang lampu kalimantan atau juga lampu panjang. Kebiasaan Sop hanya panggil lampu panjang. Kenapa? Sebab dia panjang, kalau dia pendek, kita panggil lampu pendek kan? Hahahaha (merapu)

Sop baru menggantikan lampu rumah yang sebelum ini menggunakan lampu syiling. Apabila menggunakan lampu panjang, baru kelihatan terang benderang berbanding lampu sebelum ini. Hanya pakai satu sahaja mampu menerangi seluruh ruang tamu. Lampu yang bercorak atau hiasan bukanlah terang sangat tetapi hanya untuk kelihatan menarik. Apabila kurang terang, terpaksa pasang lebih banyak. Bila sudah banyak, tenaga digunakan akan bertambah. Sempena kempen jimat tenaga, mari kita kurangkan kadar penggunaan tenaga elektrik dan duit poket pun lebih jimat.

Pasang lampu kalimantan atau panjang ini agak mudah tetapi kalau jarang buat agak lambat juga untuk siap. Sop tadi berpeluh-peluh juga hendak memasang lampu tersebut. Kira-kira 1 jam juga masa yang diambil dari mula cabut dan ganti dengan lampu ini. Yang paling penting, ia dapat berfungsi dengan baik.

Marilah kita sama-sama jimatkan tenaga elektrik untuk selamatkan bumi. Anda mampu mengubahnya. Iklan kemasyarakatan ini dibawa khas oleh blog Riwayat Hariku.




EmoticonEmoticon