Komen Pilihan @ Riwayat Hariku #12

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan. Terima kasih kerana singgah ke blog Riwayat Hariku.

Agak lama segmen Komen Pilihan @ Riwayat Hariku terbiar dalam almari baju Sop. Bukan tiada komen yang menarik untuk dikongsikan tetapi kengkangan masa, tugas dan lain-lain perkara. Akhir-akhir ini Sop banyak menulis menggunakan telefon sahaja kerana kurang kesempatan untuk buka laptop. Dengan telefon lebih mudah dan cepat kerana buka aplikasi dan terus taip.

Komen Pilihan @ Riwayat Hariku kali ini ingin memetik komen dari k-poh dalam entry Adakah entry blog anda dibaca pelawat? [Siri 2] [siapa kenal k-poh sila angkat tangan? wah.. ramainya!]

Komen yang diberikan oleh k-poh bukan sahaja padat dan menarik tetapi juga antara komen yang terpanjang pernah Sop terima. Kira-kira boleh buat entry baru.. :)
Terima kasih kepada k-poh atas komen tersebut. Nak tengok? Jom baca apa komen k-poh:

tabikkkk sifuuuu....hahhaahaaa..akak ingat lagi sop yg cadangkan akak guna print screen dan crop......sebab masa tu akak print screen guna henfon dan kemalasan berganda bila nak crop..!!!
mula2 akak perasankan sop ni bila sop review blog Scarrlet, masa tu akak cuba untuk menonjolkan diri supaya sop 'perasan'kan kewujudan akak...(blogger baru kan...)..
memang susah pada mulanya nak tarik pembaca, sop..tapi nasib baik ler akak dapat idea utk review blog org lain..alaaaa... cincai-cincai jer..
skrg akak dah berjaya cipta identiti sendiri..kiranya dah separuh berjayalah...
Yang paling penting sekali..mesti rajin..usaha dan ikhlas ...
rajin : untuk selongkar blog2 yg dah berjaya..otai..cari tips apa sajalah yg berguna..
usaha : tonjolkan diri..blogwalking..komen..buat entry yg org nak baca..
ikhlas : bila ada keikhlasan..orang lain akan dapat merasakan kasih sayang yg wujud..( wpun entry kdg2 tak de idea dan merapu..tapi sbb org dah syg kat kita..dia mai jugak jenguk..kan..)
sekian ( ini dah boleh copy paste dan buat entry ni)..heeeeee
opsss..memberi komen2 yg bernas dan menarik juga akan membawa blogger lain ke blog kita..betul tak sop...?

Kepada yang yang belum mengenali k-poh, jom berkenalan dengan beliau dengan melawat http://effa-k-poh.blogspot.com/. Seorang blogger yang sentiasa ceria dan happy go lucky. Terbaeekk! Bolehlah jadi ahli kabinet dapur juga :)

Previous
Next Post »