Jom urut dengan cik Panadol Extend

Lenguh-lenguh tulang atau badan?
Tak perlu ke pusat urut, gunakan Panadol Extend :)

Macam iklan la pulak, kalau Panadol tengok entry ini, pasti dapat bayaran komisyen kot. hahahaha

Oleh kerana dua tiga hari ini terpaksa kerja berat iaitu operasi pindah rumah (rujuk entry sebelum ini), badan sangat penat dan lenguh-lenguh. Dengan makan Panadol Extend, sungguh berkesan. Apabila bangun pagi, lenguh-lenguh atau letih boleh hilang.

Bagi yang biasa kerja berat rasanya tak adalah lenguh-lenguh badan. Masa muda-muda dulu (sekarang dah tua ker?), tidak ada masalah kerja-kerja berat nih sebab memang sudah biasa kerja berat. Sekarang ini sahaja badan agak manja sebab banyak kerja guna otak sahaja.

Lagipun badan tidak boleh dimanja-manja sangat sebab lagi berlemak. Bila berlemak, lagi menjadi malas. Ada peluang untuk aktif, guna peluang tersebut untuk berpeluh. Betul tak?

Terima kasih kerana membaca entry ini :)


Previous
Next Post »