11 October 2011

Jom pasang lampu dan kipas

Salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan. Apa cerita malam ini? Harap semuanya cerita yang best-best yer :)

Hari ini Sop ingin bercerita tentang proses memasang lampu dan kipas di rumah Sop. Sebelum ini, Sop ada bercerita tentang rumah yang siap sedia untuk didiami.

Setelah mendapat kunci rumah, proses yang perlu dilakukan ialah memasang grill. Setelah siap, baru proses mrmasang lampu dan kipas dimulakan. Jika ingin mudah, proses memasang lampu dan kipas boleh diupah kepada kontraktor. Setiap lampu hanya dikenakan kos RM20 - 30 sebiji dan kipas pula RM40-60 sebiji untuk setiap pemasangan. Jika boleh buat sendiri, kita boleh berjimat dalam RM300-500.

Pemasangan tidak begitu susah. Apa yang penting tahu asas pemasangan dan jenis wayar. Biasanya rumah telah tersedia wayar utama kecuali perlukan tambahan. Pastikan alatan untuk memasang juga lengkap seperti drill, set skru, pemutar skru, wallplug, tangga dan sebagainya.

Untuk membuat sambungan wayar, pastikan fius utama telah ditutup untuk keselamatan. Renjatan elektrik boleh dielakan jika fius utama telah ditutup. Kesilapan boleh berlaku terutama kita yang bertaraf amatur ini.

Percaya atau tidak, Sop perlu layari internet semasa mencuba pasang plug? Ini kerana tidak pasti yang mana wayar 'live' dan 'natural'. Ini kerana wayar yang digunakan pelbagai warna mengikut pengeluaran. Wayar 'live' biasanya berwarna merah tetapi kadang kala warna putih, biru. Ia menimbulkan kekeliruan. Jika wayar bumu mudah sahaja kerana pasti akan berwarna hijau. Lebih mudah, rujuk wayar 'natural' yang mana selalunya digunakan wayar berwarna hitam.

Setakat hari ini, rumah baru Sop baru siap kipas diruang tamu dan sebuah bilik. Manakala 3 bilik lagi belum sempat dipasang. Lampun untuk ruang tamu juga telah siap beserta di ruang yard. Agak perlahan proses pemasangan apabila dilakukan bersendirian.

Hasil memasang sendiri menjadi lebih berpuas hati kerana kita boleh lakukan dengan terbaik.

Galeri gambar:










EmoticonEmoticon