13 October 2011

Bantuan rakyat RM500 diagih Januari 2012

Komen Sop: Semoga dapat meringankan beban rakyat :)

KUALA LUMPUR - Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat tanpa penetapan masa akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Bantuan sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.

Awang Adek berkata, kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama pelaksana bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif.

"Agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta Pos Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011 di sini semalam.

Seminar tersebut dianjurkan oleh LHDN dengan penyertaan seramai 1,120 peserta.


EmoticonEmoticon