30 October 2011

Azwar demam la pula

Seperti biasa, jika abang demam, pasti adik pula yang demam. Dari semalam dia kurang segar dan banyak terbaring-baring sahaja. Bila lepas makan ubat, akan segar sekejab dan bila habis kesan ubat akan lemah kembali.

Seperti biasa bila deman, beliau sendiri akan minta jumpa doktor. Dari kecil lagi bila demam akan jumpa doktor dan sampai sekarang bila demam pasti hendak jumpa doktor. Azfar pun sama. Paling best, mereka tidak sukar untuk makan ubat. Pada kecil-kecil dulu susah juga tetapi sekarang tiada masalah lagi.

Sop sekarang sudah ok. Masih ada pening sedikit-sedikit sahaja. Doakan agak Azwar sempat sembuh yer.

Terima kasih kerana membaca entry ini.




EmoticonEmoticon