Adakah entry blog anda dibaca pelawat? [Siri 1]

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan.
Terima kasih kerana singgah ke blog Riwayat Hariku.

Adakah entry blog anda dibaca pelawat?
Siapa hendak jawab, sila angkat kening... [huhuhuh]
Kita mungkin tidak pasti adakah entry yang kita tulis panjang seperti karangan sekolah atau pendek seayat dibaca pelawat. Trafik yang bertimbun belum pasti menandakan pelawat membaca entry kita. Ini kerana trafik yang datang ke blog dari pelbagai punca seperti blogwalking, carian gambar, sumber carian keyword atau tersesat!

Pelawat blogwalking tidak semua singgah membaca entry terutama mereka yang blogrunning. Mereka ini biasanya hanya membaca mesej shoutbox sahaja.

Pelawat carian gambar pula biasanya hasil dari carian gambar. Biasanya trafik ini sangkut daripada gambar yang terdapat pada blog. Pelawat jenis ini comfirm tidak baca entry anda.

Manakala pelawat hasil carian keyword pula mungkin akan baca tetapi jika yang tersesat, pasti tidak sempat baca kerana akan segera tekan butang 'back'. Maklum sahaja, sesat! Pasti cuba cari jalan pulang [hehehehe]. Biasanya jika dilihat dari analisis Nuffnang, pasti akan kelihatan keyword-keyord yang pelik tidak berkaitan langsung dengan penulisan blog anda.

Bagaimana hendak tahu entry blog dibaca atau tidak?
Antara cara yang boleh dikesan pembaca baca atau tidak entry blog ialah melalui komen. Jika entry tersebut diberi komen, pasti sah beliau telah baca entry anda. Jika tidak, bagaimana dia hendak komen? Betul tak [angguk 2x yer... hehehe]

Namun begitu, entry yang tidak dikomen, tidak semestinya tidak dibaca oleh pelawat. Cara lain yang boleh dikesan ialah melalui butang sharing atau 'like'. Widget-widget seperti ini bukan sahaja boleh membantu mengesan entry anda dibaca tetapi juga menambah trafik blog.

Selain itu juga, penilaian sama ada entry anda dibaca atau tidak boleh dilihat melalui tempoh seseorang pelawat blog anda. Jika trafik blog anda sesekali ramai pelawat tetapi kemudian tiada, menunjukkan pelawat hanya singgah sebentar sahaja.

Sekiranya perkara ini berlaku, adalah sia-sia anda menulis. Maklumat yang hendak dikongsi melalui penulisan tidak akan tercapai.

Bagaimana hendak mengatasi masalah ini?
Ikuti entry Adakah entry blog anda dibaca pelawat? [Siri 2] untuk perbincangan memastikan pelawat membaca entry anda.

Terima kasih kerana membaca entry ini. Untuk memastikan anda telah membaca entry ini, sila tinggalkan komen... :)
Previous
Next Post »