10 October 2011

3 tahun menanti akhirnya siap....

Salam 1 Malaysia semua rakan-rakan.

Apa cerita pula la Sop nih? Apa yang dinanti sampai 3 tahun?
Hahahaha [senyum++] Bukan menanti bulan yer, sebab kalu menanti bulan, bukan 3 tahun tetapi bertahun-tahun belum tentu akan dapat.

Sebenarnya 3 tahun menanti rumah yang dibeli siap. Sebelum ini belum lagi Sop bercerita tentang rumah ini kerana tiada apa yang menarik hendak dikongsikan. Lagipun, semua orang ada rumah. Kalau bukan sendiri punya, mungkin orang lain punya (sewa la tu). Namun kerana kehidupan Sop akan bermula di rumah baru ini pula, adalah baik diperkenalkan juga.

Kenapa tidak beli rumah ada tanah Sop?
Mungkin soalan yang biasa didengar apabila sesiapa beli rumah jenis bertingkat-tingkat. Jawapannya ialah 'tidak mampu' :) Maklum sahaja rumah di Kuala Lumpur ini bukannya murah, rata-rata rumah bertanah tidak lagi dibangunkan. Sana-sini rumah bertingkat-tingkat. Kadang-kala jeles juga dengan rakan-rakan yang berada di luar KL yang mampu beli rumah bertanah malah sampai ada yang boleh buat kebun sekitar rumah!

Agaknya lagi 10 tahun, berapa harga rumah di Kuala Lumpur? Adakah kita mampu milikinya?

Kepada rakan-rakan yang berkemampuan, belilah rumah dengan segera kerana harga hartanah semakin meningkat. Jika dibandingkan dengan membeli kenderaan, hartanah lebih menguntungkan.

Sop baru sahaja menerima kunci rumah tersebut dari pemaju bulan lepas dan akan bercadang akan berpindah pertengahan bulan ini. Grill baru sahaja siap dipasang dan rumah masih belum dicuci. Sekarang Sop giat sedang memasang lampu dan kipas. Untuk menjimatkan kos, Sop terpaksa pasang sendiri. Lagipun, Sop bolehlah buat kerja-kerja pertukangan tu sedikit sebanyak mana yang tahu.. :)

Ikuti kerja-kerja pemasangan lampu dan kipas dalam entry-entry akan datang.
Terima kasih kerana membaca entry ini.

Galeri gambar:

[Proses semakan defect untuk pembentulan. Hanya masalah 1 plug tidak dipasang dan pintu tidak sangkut pada kunci. Yang lain semua terbaekkk!]












EmoticonEmoticon