Template Riwayat Hariku tidak sesuai IE

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.
Semoga hari ini dilimpahi dengan segala kemudahan.

Apa pelayar internet kegemaran anda?
Buat masa ini, Sop sangat berpuas hati dengan prestasi Google Chrome. Selepas ia diperkenalkan, Sop kekal menggunakannya sehingga sekarang. Sebelum wujudnya Chrome, Sop menggunakan Firefox Monzilla sebagai pelayar internet. Sejak itu, agak jarang Sop menggunakan Internet Explore (IE).

Tadi semasa membuat entry, Chrome agak bermasalah yang mana menjadi perlahan apabila membuat entry. Sebagai alternatif, Sop menggunakan Internet Explore. Selepas melihat entry melalui IE, baru Sop perasan yang agak kekurangan blog Sop. Template yang digunakan tidak mesra IE yang mana menu bar tidak berfungsi dan footer dipecah kepada tiga juga menjadi satu sahaja.

Perkara ini perlu Sop ambil perhatian kerana berdasarkan analisa penggunaan pelayar internet yang melawat blog Riwayat Hariku, IE berada ditangga kedua selepas Firefox. Oleh itu, beberapa setting template perlu diambil tindakan.

Ada cadangan?

Terima kasih kerana membaca entry ini.

Gambar:

paparan Firefox
paparan Chrome

paparan Internet Explore
Previous
Next Post »