30 September 2011

Template blog Riwayat Hariku simple?

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.
Semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi.

Ini kali ke berapa blog Riwayat Hariku telah bertukar template Sop tidak pasti. Rasanya telah lebih dari 10 kali template telah bertukar.

Perlu ke tukar template selalu?
Pendapat Sop, ia bergantung kepada keperluan. Jika ingin sentiasa kelihatan 'fresh', boleh lah tukar selalu tetapi pertukaran template memakan masa dan tenaga yang lebih. Jika template bermasalah, memang harus ia ditukar. Namun jika template tersebut adalah identiti, adalah baik dikekalkan kerana ia mungkin menjadi tarikan utama pengunjung.

Sejak kebelakangan ini, jika bertukar template pasti Sop akan mencari yang ringkas sahaja. Prestasi dan keselesaan menjadi ukuran pemilihan utama Sop. Template yang mempunyai grafik sangat menarik dan ceria serta mampu menjadi idenditi kepada sesebuah blog.

Terdapat rakan blog yang membuat list blog Riwayat Hariku (blogger Maya) menyatakan blog ini adalah simple. Mungkin sekali lihat blog ini terlalu 'plain' dan hambar. Namun Sop suka dari segi pantasan template ini loading. Mak Lagenda turut memaklumkan beliau kurang selesa dengan Shoutbox Sop yang letak diruangan 'page'. Ini kerana ruang widget template ini adalah terhad untuk memasukkan widget Shoutbox. Malah, template ini juga tidak mesra Internet Explore yang mana menu utama tidak boleh berfungsi dengan baik.

Bagi sebuah blog, template adalah perkara kedua. Perkara paling penting untuk sebuah blog ialah entry dan info yang dikongsikan. Oleh itu, Sop sedang berusaha untuk memperbaiki penulisan agak menjadi bertambah baik. Mohon tunjuk ajar rakan-rakan untuk mempertingkatkan dunia penulisan ini.

Sekian, terima kasih kerana membaca entry ini.


EmoticonEmoticon