24 September 2011

Teater Muzikal Kanak-kanak: Bangau oh Bangau

Jom pakat ramai-ramai ke Teater Muzikal Kanak-kanak: Bangau oh Bangau persembahan istimewa SK Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur anjuran Dewan Bahasa dan Pusaka, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dan Pejabat Pelajaran Keramat.

Tarikh persembahan adalah bermula 23 hingga 25 September 2011 di Balai Tun Syed Nasir, Dewan  Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur jam 8.30 malam hingga 9.45 malam. Masuk adalah dengan sumbangan. Tiada tiket bayaran dikenakan.

Sop pergi petang tadi sesi jam 2.45 petang. Ia adalah untuk jemputan pelajar-pelajar sekolah. Azfar dan Azwar terpegun dengan persembahan tersebut. Murid-murid yang membuat persembahan berjaya memainkan peranan masing-masing dengan baik.

Secara keseluruhan, persembahan adalah sangat baik dan memukau kanak-kanak. Jalan cerita sangat baik yang menyelitkan banyak pesanan dan nasihat. Penganjuran persembahan yang besar seperti ini bulan sesuatu yang mudah. Tahniah kepada SK Sri Rampai atas kejayaan melaksanakan teater ini.

Kepada yang ada anak-anak, sila bawa anda menyaksikan teater ini.

Galeri gambar:






EmoticonEmoticon