Selamat pulang dari Empress Hotel, Sepang

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.
Terima kasih kerana singgah ke blog Riwayat Hariku.

Ini adalah post entry yang tertunda yang mana Sop tidak dapat publish entry ini.

Setelah 3 hari 2 malam berada di Empress Hotel, Sepang akhirnya Sop selamat kembali ke Kuala Lumpur. Sebenarnya bukan jauhpun Sepang dengan Kuala Lumpur kerana ramai yang berulang dari Sepang ke Kuala Lumpur tiap-tiap hari. Malah ada yang berulang dari Seremban ke Kuala Lumpur yang mana lebih jauh dari Sepang.

Sop terpaksa menginap di Empress Hotel kerana tugasan perlu dilaksanakan sehingga malam. Jika telah habis mesyuarat jam 11.00 malam, takkan Sop hendak balik kemudian pagi hendak ke hotel balik?

Selesai makan tengah hari semalam, Sop terus kembali ke rumah. Perjalanan yang sepatutnya hanya 1 jam bertambah menjadi 3 jam. Ini kerana sampai di Serdang, hujan mula turun dengan lebatnya. Agak lama juga tersadai di bawah jambatan. Setelah agak reda, Sop mulakan perjalanan tetapi sebelum sampai ke Kuala Lumpur, lagi sekali terpaksa berhenti kerana hujan kembali lebat. Sop tidak redah kerana di dalam beg terdapat laptop. Jika hujan yang begitu lebat, pasti akan menembusi beg galas Sop.

Baju hujan?
Seperti biasa, tidaklah Sop bawa kerana beg galas muat-muat dengan laptop dan stok pakaian untuk 2 hari.

Sop akhirnya selamat tiba ke rumah pada jam 4.30 petang. Pakaian basah kuyup juga kerana apabila hujan agak reda, Sop pun redah. Sudah penat menunggu agak lama sehingga mengantuk-ngantuk. Hahahaha

Itulah penunggang motor, tidak boleh lari dari panas dan hujan. :)

Terima kasih kerana membaca entry ini.



Previous
Next Post »