Selamat bekerja bagi yang baru habis cuti



Salam Syawal kepada semua rakan-rakan.

Seminggu cuti bagai berlalu begitu cepat. Hari ini mula kembali bertugas kepada mereka yang seminggu bercuti seperti Sop.

Terasa sedikit perbezaan apabila rutin bulan puasa selama sebulan mula sebati dari diri. Macam kurang best pula apabila tiada sahur. Sebelum ini bangun pagi jam 5.00 pagi untuk sahur tetapi sekarang jam sudah tukar alarm kepada jam 6.00 pagi.

Alangkah baiknya jika semua perkara baik dibulan puasa boleh dikekalkan. :)

Mood kerja anda bagaimana pula?

Masih teringat kuih-kuih raya?

Di pejabat hari ini kelihatan masih lengang, mungkin masih ramai yang bercuti hari ini. Ada yang cuti lewat untuk menjaga pejabat semasa sebelum cuti Raya dan kini giliran mereka untuk sambung cuti Raya.

Apa-apapun, semoga semangat raya diserapkan dalam tugasan untuk kita melakukan kerja dengan penuh keceriaan.

Terima kasih kerana membaca entry ini.



Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »