09 September 2011

Paparan Android seperti Windows Mobile 7

Bosan dengan paparan Android anda?
Ingin kelihatan seperti Windows Mobile 7?

Antara kelebihan Android ialah mampu menguabah themes atau template kepada lebih menarik dan mengikut kehendak kehendak anda. Malah, terdapat banyak pembangun themes yang menyediakan template secara percuma.

Selain itu, pengguna Android juga mampu mengubah template mengikut kehendak pengguna dengan memasukkan widget atau gadjet yang sesuai.

Sop sendiri pantang jumpa dengan themes yang menarik, pasti akan mencuba. Ia memberi kepuasan kepada Sop apabila mendapat paparan yang menarik. Animasi dan grafik menjadi ukuran utama.

Disamping menjadi themes yang canggih, penggunaan CPU dan Memori telefon perlu diambil kira. Terdapat themes yang menggunakan CPU dan memori yang agak tinggi. Kesannya hayat bateri akan lebih pendek. Oleh itu, widget yang digunakan juga perlu berpada-pada.

Sekarang Sop sedang menggunakan Lancher 7 yang mana paparan Galaxy Tab seperti Windows Mobile 7. Ia lebih ringan, lancar dan ringkas. Anda boleh mendapatkan Lancher 7 secara percuma dari Market. Namun ia terdapat iklan kecil di bawah menu. Jika ingin mendapat versi tanpa iklan, sila lawat di sini.

Terima kasih kerana membaca entry ini.


EmoticonEmoticon