Lagu raya jadi carian tertinggi Ogos


Analilis sebegini adalah penting untuk blogger merancang penulisan supaya mendapat pelawat melalui injin carian. Sop melihat mereka yang peka dengan SEO sangat menitikberat perkara ini. Malah ada yang mengambil semua artikel berita semasa untuk memastikan sentiasa mendapat trafik dari injin pencarian.

Hasilnya? Pasti berbaloi kerana pelawat dari injin pencari adalah peratus yang tertinggi jumlahnya.

Komen Sop: Tak sempat nak kejar SEO, biar SEO kejar Sop ajer lah. Boleh? Huhuhuhu

KUALA LUMPUR –Pencarian ucapan dan lagu-lagu sempena Hari Raya Aidilfitri menduduki tempat teratas dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Ogos lalu.

Jurucakap Google Malaysia berkata, orang ramai telah menggunakan khidmat enjin carian popular, Google Malaysia itu untuk mendapatkan contoh-contoh ucapan Hari Raya Aidilfitri. Pada masa yang sama mereka mendengar dan memuat turun lagu-lagu hari raya yang popular.

Selain itu, Liga Perdana Inggeris 2011/2012 yang bermula baru-baru ini menduduki tempat kedua dalam carian paling kerap dan permainan bola sepak online,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, System of Analysis for School Examination (SAPS) pula menduduki tempat ketiga. Melalui kemudahan itu para pendidik dapat menghantar data-data berkaitan peperiksaan secara online dengan mudah dan senang.

Pencarian untuk blog Jejari Runcing milik Aimie Harmelia juga tinggi selepas penulisnya dikatakan memutuskan pertunangan dengan penjaga gol pasukan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. (Kosmo)

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »