Diari Hari Raya Aidilfitri - 2 Syawal

Salam Aidilfitri kepada semua rakan-rakan.
Bagaimana sambutan Aidilfitri hari kedua? Sudah mula berpuasa 6?

Diari Aidilfitri Sop dimulakan dengan aktiviti bermula dari sarapan di rumah. Pada jam 10.00 pagi, baru bermula aktiviti ziarah-menziarah. Terdapat banyak rumah sanak-saudara yang belum dikunjungi. Kami agak lewat keluar untuk beraya kerana terdapat saudara mara yang datang beraya di awal pagi.

Sop bernasib baik kerana kebanyakan saudara mara hanya di sekitar kampung ini sahaja. Oleh itu, Sop tidak perlu beraya jauh. Ada juga sanak-saudara yang jauh tetapi tidak kesempatan. Untuk dua hari ini, hanya sempat beraya untuk sekitar kampung sahaja. Belum lagi dimasukkan senarai rakan-rakan Sop yang ada di sekitar sini.

Hari ini beraya, pelbagai menu yang disediakan seperti nasi lemak, kueh teow, nasi berlauk dan sebagainya.

Cuaca di kampung sangat baik sehingga disebelah petang yang mana huja turun dengan lebat. Namun hujan tidak berkekalan yang mana pada jam 6.00 petang ia mula reda.

Raya kali ini, Sop beruntung kerana boleh berjumpa dengan saudara dan sepupu. Kebetulan, sanak saudara dari negeri lain turut pulang ke kampung.

Kepada rakan-rakan, mohon maaf banyak-banyak kerana tidak mengizinkan untuk menziarahi anda. Mungkin kita akan berjumpa di masa akan datang.

Esok, Sop akan kembali ke Kuala Lumpur untuk beraya di sebelah Mrs Sop. Doakan semoga perjalanan Sop selamat sampai ke destinasi. Amin

Galeri gambar:






Previous
Next Post »