04 September 2011

Demam Raya? Jaga kesihatan anda

Raya oh raya!
Demam raya bukan sahaja dirasai sejak awal Syawal tetapi dari mula-mula berpuasa lagi! Persiapan awal dilakukan supaya tidak kelam kabut disaat akhir.

Berkaitan dengan tajuk entry Demam Raya, pasti ramai yang mendapat demam atau badan tidak sihat. Ada yang demam dengan sengaja untuk mendapat cuti sakit? Tidak elok tu...

Demam yang Sop maksudkan ialah demam betul!
Sop sendiri mula tidak sedap badan apabila selesai hari Raya pertama. Badan mula selsema dan kepenatan. Punca utama yang Sop rasakan ialah jenis makanan dan minuman yang diambil sepanjang Raya. Dengan cuaca yang panas, pasti minuman berais menjadi pilihan. Sekarang ini, minuman botol menjadi pilihan masyarakat untuk dihidangkan kepada tetamu. Ia mudah dan jimat!

Apabila pelbagai jenis minuman dan makanan dimasukkan dalam perut, badan mungkin tidak dapat menerima dengan baik. Lagipun, perut telah sebulan tidak mendapat makanan pada siang hari tiba-tiba mendapat limpahan makanan tidak berhenti-henti. Perut kita pasti terkejut, bukan?

Begitu juga dengan jenis makanan yang boleh membawa kepada suhu badan meningkat seperti tapai, kambing, pulut dan sebagainya.

Oleh itu, pastikan kesihatan dimusim perayaan dijaga dengan baik terutama pemandu yang akan pulang dari beraya. Kesihatan yang kurang baik menjejaskan tumpuan semasa memandu. Pastikan anda mempunyai tenaga yang mencukupi. Berehat sebentar jika terlalu penat!

Bagi yang bekerja esok pula, kesihatan yang baik diperlukan untuk melaksanakan tugasan yang pasti bertimbun setelah seminggu bercuti. Sop sedang bayangkan tugasan yang perlu disiapkan esok. Huhuhuhu

Selamat memandu pulang kepada yang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing dan selamat bertugas kepada yang bekerja esok.


Komen Sop: Sop dah sihat! Anda?


EmoticonEmoticon