13 September 2011

Bakal ahli keluarga Sop



Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan.

Apa khabar hari ini? Moga sejahtera sentiasa disamping orang yang tersayang.

Hari ini Sop ingin memperkenalkan secara rasmi bakal ahli warga baru keluarga Sop. Sebelum ini pernah dipaparkan gambar bakal ahli warga keluarga dalam entry puasa tetapi tidak diperkenalkan secara jelas. Hanya masukkan gambar tanpa penerangan dan ketika itu, bakal ahli warga keluarga Sop baru berusia sebulan.

Sekarang ini, usianya ialah dua bulan dan semasa scan, dengupan jantung boleh dilihat dengan jelas. Walaupun masih kecil dalam rahim Mrs Sop, kedatangannya akan dinanti dengan sabar.

Untuk 2 bulan ini, Mrs Sop masih mabuk-mabuk dan pening lalat. Sop yang melihat pun rasa tidak larat, apatah lagi Mrs Sop yang melaluinya. Kebanyakkan ibu-ibu akan melalui masa ini. Namun ketabahan dan semangat seorang ibu cekal mengharungi cabaran tersebut.

Jika ditanya kepada Azfar dan Azwar, mereka juga teruja untuk mendapat adik. Apabila ditanya hendak adik lelaki dan perempuan, jawapanya ialah lelaki. Agaknya mudah untuk mereka bermain. Bagi Sop lelaki atau perempuan tidak menjadi hal yang penting ia sihat sejahtera. Doakan semoga bakal ahli warga keluarga Sop akan sihat dan berkembang dengan baik.

Diari blog RH akan terpahat perkembangan seorang lagi ahli warga keluarga Sop.

Terima kasih kerana membaca entry ini.

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon