06 August 2011

Video call Skype kini untuk Android


Agak lama menanti untuk menggunakan Skype bagi Galaxy Tab. Sebelum ini ia tidak support pengguna Galaxy Tab dari Malaysia. Baru-baru ini Skype telah didapati dari Market dan Sop telah mencubanya. Pada masa tersebut ia masih peringkat BETA. Semalam mendapat emel dari Skype mengenai pelancarannya.

Dengan adanya Skype, perhubungan lebih menjimatkan.

Sop masih menanti Skype untuk Blackberry support video call kerana Mrs Sop menggunakan Blackberry. Sekarang ini berhubung menggunakan TalkLoud iaitu software seperti walkie talkie. Berbual dengan keluarga dengan PERCUMA. :)


EmoticonEmoticon