12 August 2011

Template pilihan - RaceCar

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.

Agak lama segmen Template pilihan tidak dikeluarkan. Agak tidak kesempatan untuk menjenguk template-template baru yang menarik. Risau juga jika tengok-tengok ada yang berkenan, susah pula hendak menukar template baru. Sekurang-kurang 6 bulan, baru sesuai untuk menukar template blog. Jika selalu sangat, banyak masa dihabiskan untuk mengedit. Kepada rakan yang boleh bertahan dengan template lama, tahniah kerana anda mempunyai daya tahan untuk kekal pada sesuatu. :)

Template pilihan kali ini ialah RaceCar yang mana ia berkongsepkan blog automotif kereta. Bagi peminat kereta atau blog kereta adalah sesuai. Namun begitu, blog peribadi boleh digunakan dengan membuat sedikit perubahan supaya sesuai dengan tema blog anda.

Sop suka dengan gabungan warna template ini dan design background. Kotak widget kanan juga menarik. Paling menarik ialah slide show untuk paparan depan yang sesuai dijadikan highlight topic.

Untuk melihat demo template ini, sila lawat di sini.
[Demo]

Untuk muat turun, sila klik di sini.
[Download]


EmoticonEmoticon