22 August 2011

Syarikat sediakan khidmat pembantu rumah bogel

Ini bukan khidmat pembantu rumah sangat pun tetapi lebih kepada perkhidmatan seks ringan. Macam-macam hal dorang buat untuk dapat duit sehingga tiada sempadan moral dan sebagainya. Dari undang-undang mereka mungkin tiada masalah!

Komen Sop: Sedang bayangkan bagaimana tuan rumah ketika pembantu rumah bogel bersih rumah... Huhuhuhu. Macam-macam..

FORT WAYNE: Seorang lelaki memulakan perniagaan yang didakwanya sebagai unik di bandar di Indiana ini.

Lelaki berkenaan yang meminta namanya tidak disiarkan berkata, syarikatnya, Fort Wayne Dust Bunnies menawarkan khidmat pembantu rumah kepada pelanggan tetapi kerja membersih akan dilakukan secara bertelanjang.

Pembantu rumah itu hanya dibenarkan melakukan kerja ringan seperti membasuh pinggan mangkuk, permaidani dan membersihkan habuk. Pelanggan dikenakan bayaran sebanyak AS$60 (RM180) sejam untuk hari biasa dengan waktu kerja minimum dua jam.

Setiap pembantu rumah itu akan diiringi seorang pengawal keselamatan dan pelanggan tidak dibenarkan menyentuh wanita berkenaan.

Pemilik syarikat itu berkata, pembantu rumah itu memperoleh pendapatan kira-kira AS$30 (RM90) sejam.

Jurucakap Majlis Bandar Raya Fort Wayne, Frank Suarez berkata, pihaknya tidak mempunyai cara untuk menghalang perkhidmatan seumpama itu. - Agensi


EmoticonEmoticon