11 August 2011

Refleksi puasa ke 10 dan 11

Salam Ramadan kepada semua rakan-rakan. Semoga ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Puasa hari ke 10, Sop dan Mrs Sop berbuka di kedai makan Setapak Jaya. Hanya kami berdua sahaja kerana Azfar dan Azwar dibawa oleh nenek mereka berbuka di Cheras. Menu yang ditempah ialah siakap 3 rasa, tomyam dan kailan 3 rasa. Selepas berbuka, kami terpaksa bergegas balik untuk solat Magrib. Tiada surau berhampiran kawasan kedai makan. Selepas solat, kami ke klinik untuk membuat pemeriksaan Mrs Sop. Selepas selesai pemeriksaan, bergegas untuk balik solat terawikh tetapi kereta telah diblok oleh kereta lain di ruang parking.

Selepas "horn" beberapa kali masih tiada kelibat pemilik kereta tersebut. Selepas Sop melilau-lilau depan kereta, baru pemilik tersebut perasan. Padahal tidak jauh dari parking tersebut. Mungkin syok sembang dengan rakan hingga lupa dunia. Sabor jer lah, iks iks iks.

Malam tadi Sop tidak sempat ke masjid untuk solat terawikh.

Malam tadi sempat buka laptop jam 11.00 tetapi baru beberapa buah blog singgah, Sop telah hanyut depan laptop. Sedar-sedar jam 3.00 pagi. Sekarang agak penat kerana tugasan pejabat banyak pula. Biasa bulan puasa, tugasan pejabat agak kurang.

Kami bersahur seperti biasa yang mana menu utama ialah nasi. Air minuman Sop mestilah Nescafe. Dengan Nescafe, selepas sahur tidak lagi mengantuk untuk menunggu waktu ke tempat kerja.

Hari ini kami berbuka rumah mertua. Tadi singgah di pasar Ramadan kelihatan pengunjung agak kurang. Mungkin telah ramai mula makan di kedai atau restoran. Jika setiap hari ke pasar Ramadan pasti tidak tahu lagi apa hendak beli.

Alhamdulillah, hari ini dapat menunaikan solat terawikh di masjid.

Galeri gambar:









EmoticonEmoticon