Refleksi puasa hari ke 14 dan 15

Salam Ramadan kepada semua umat Islam.
Hari ini telah selesai 15 hari kita berpuasa. Tadi kelihatan bulat penuh dan kelihatan sangat cantik.

Untuk puasa hari ke 14 dan 15, tiada beza dengan hari-hari sebelum ini. Semua berlaku seperti rutin dan berjalan lancar. Mrs Sop sahaja agak kurang cergas kerana sedikit mabuk. Pembawakan budak, biasalah bagi yang pernah melalui pastu tahu. Oleh itu, Sop kena lebih banyak membantu dalam kerja-kerja rumah.

Puasa hari ke 14, Sop hanya berada di rumah. Hari minggu hari untuk mengemas dan berehat. Petang semalam sempat ke kedai gunting rambut untuk potong rambut Sop dan Azwar. Sebelum ini hanya pitong menggunakan mesin nombor satu tetapi kali ini Sop botak terus hingga licin. Dah lama hendak botakkan tapi tidak kesampaian. Hari ini terlaksana juga akhirnya.

Selepas potong rambut, singgah ke kedai runcit sebelah dan Sop belikan pistol mercun untuk Azfar dan Azwar. Teringat zaman Sop kecil-kecil dulu suka sangat dengan pistol tersebut. Malam tersebut, berdetum-detum mendengar Azfar dan Azwar menembak.

Manakala hari ini, perjalanan puasa juga seperti biasa cuma bezanya lagu raya mula berkumandang di radio. Ada sahaja lagu-lagu raya yang dimainkan dan diminta oleh pendengar. Pada mulanya tidak begitu terasa tetapi apabila sentiasa dengar, feel raya mula terasa. Baru teringat untuk membuat kad raya untuk pejabat dan persendirian.

Siang tadi agak sibuk sehingga agak kurang blogwalking. Hanya sempat menerjah link yang ditinggalkan di shoutbox sahaja. Terima kasih kepada semua rakan yang singgah.

Galeri gambar:












Previous
Next Post »