13 August 2011

Refleksi puasa hari ke 12



Salam Ramadan kepada semua rakan-rakan.

Hari ini telah 12 hari kita berpuasa dan ia berlalu begitu pantas sekali. Jika kita tidak mengejar ibadat pada Ramadan ini, pasti kita akan jauh ketinggalan.

Adakah anda telah masuk mood raya?

Terdapat rancangan radio yang membincangkan dengan pendengar tentang waktu/ hari yang sesuai untuk mendendangkan lagu hari raya. Ramai yang bersetuju selepas 15 hari berpuasa baru sesuai.

Sop pun setuju dengan pandangan ramai tesebut kerana jika mood raya terlalu awal, ia akan membunuh mood Ramadan. Baik kita muliakan dahulu Ramadan dan hampir dengan Raya baru kita teruja menyambutnya. Contoh bila ke Jusco semalam, didendangkan dengan lagu Raya tetapi feel langsung tiada. Masih awal untuk kita excited.

Untuk puasa hari ke 12 semua berjalan lancar. Semasa khutbah Jumaat, mata sangat berat dan beberapa kali terbabas. Apabila lihat disekeliling, ramai juga yang senasib dengan Sop.

Waktu balik kerja semalam, sekali lagi terkandas bawah jambatan di lebuhraya DUKE. Baru sahaja separuh perjalanan, hujan telah turun dengan lebat. Agak lama termernung bawah jambatan tersebut dan akhirnya membuat keputusan untuk redah sahaja hujan tersebut apabila sedikit kurang.

Sop berbuka puasa di rumah mertua manakala Mrs Sop berbuka di majlis berbuka syarikat beliau.

Malam tadi tidur awal dan tidak sempat untuk blogwalking kerana badan penat sangat selepas kena hujan.

Terima kasih kerana membaca entry ini.

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon