24 August 2011

Refleksi puasa hari 21 - 24



Salam Ramadan kepada semua rakan-rakan.

Semoga Ramadan terus menjadi bulan untuk mendapat ganjaran kepada kita semua.

Agak ketinggalan selama 4 hari refleksi puasa untuk tahun ini dibuat. Oleh kerana kesibukan dan kepenatan, entry refleksi tidak dapat dibuat seperti biasa.

Untuk itu, Sop gabungkan terus refleksi dari hari ke 21 puasa hingga 24 puasa. Lagipun, tiada perbezaan yang ketara untuk hari-hari yang berlalu seperti sebelum-sebelumnya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Sejak lagu raya berkumandang, mood raya mula berkembang tetapi bukan tahap hendak raya. Sop masih cuba menghayati Ramadan dan secubanya untuk ke masjid untuk solat sunat terawikh. Bukan seperti zaman kanak-kanak yang bila puasa sahaja akan terbayang raya. Huhuhuhi

Semalam Mrs Sop mula kemas beg untuk balik ke kampung. Kebetulan beliau MC, kesempatan untuk berkemas apa yang patut. Hari Ahad ini masa untuk bertolak balik kampung. Jika hendak balik baru berkemas, pasti kelam kabut. Hari Jumaat masih bekerja dan hari Sabtu perlu membuat sedikit persiapan terakhir sebelum balik. Masa yang padat perlu dirancang sepenuhnya untuk memastikan tidak berlaku kekalutan.

Di pajabat hari ini berlangsung majlis masak bubur lambut, khatam Al Quran dan majlis berbuka puasa serta solat terawikh. Sop tidak dapat sertainya kerana terpaksa uruskan Mrs Sop dan anak-anak. Agak sukar untuk balik urus keluarga kemudian kembali ke pejabat. Mungkin tahun-tahun akan datang Sop sertai majlis tersebut.

Sekarang mula buat senarai untuk persiapan raya. Antara barang yang belum dibeli ialah pakaian raya untuk ayah, kuih raya untuk kampung, songkok Azfar dan Azwar. Duit raya sudah tukar tadi sedikit dengab BSN. Rasanya dah cukup lah tu kot. :)

Apa lagi persiapan yer?

Bagaimana pula anda?

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon