20 August 2011

Refleksi puasa hari 19 dan 20

Salam Ramadan kepada semua rakan-rakan.
Hari ini telah selesai 20 hari kita berpuasa. Ada malam yang dinanti-nanti oleh umat Islam dalam 10 terakhir Ramadan ini. Semoga kita lipat ganda ibadah dan tidak terlepas malam yang istimewa tersebut.

Perjalanan puasa hari ke 29 berjalan lancar. Di pejabat, kami sempat bergambar untuk satu sektor untuk menyediakan kad raya. Ia juga penting sebagai bergambat kenang-kenangan. Pada bulan puasa, kami lebih mudah berkumpul kerana kurang aktiviti di luar pejabat.

Selepas ini, Sop akan design kad ucapan raya untuk edaran unit-unit di pejabat. Kad raya buatan sendiri lebih istimewa jika dibandingkan dengan kad yang dibeli. Sop boleh masukan gambar-gambar kakitangan dan design mengikut cita rasa tersendiri.

Pada malam tadi, kami sempat ke Jaya Jusco untuk singgah ke pusat jualan Aidilfitri. Sop bercadang untuk membelikan sepasang lagi baju kurung untuk emak Sop.

Selepas itu, kami ke Mc D Jalan Genting Klang untuk makan larut malam. Mrs Sop teringin hendak makan makan Mc D la pulak. Walaupun tengah malam, diikutkan juga keinginan orang mengandung. Nasib baik tidak mengidam perkara yang pelik dan susah hendak dapat. Mc D tersebut dibuka secara 24 jam.

Hari ini, Sop hanya berada di rumah. Rutin biasa seperti hari-hari sebelum ini di hari cuti. Tiada perkara menarik untuk dikongsi.

Untuk terawikh, Sop ingin berkongsi dengan semangat seorang pakcik yang setiap malam menunaikan solat terawikh. Walaupun terpaksa semayang duduk di kerusi, setiap malam Sop lihat beliau ikut serta sembahyang terawikh. Agak memalukan bagi pemuda-pemudi yang sihat seperti Sop tidak solat terawikh. Malah terdapat kanak-kanak OKU yang turut solat terawikh.

Apa alasan kita jika tidak solat terawikh?
Semoga ia memberi semangat kepada kita juga untuk terus beribadat.

Galeri gambar:












EmoticonEmoticon