01 August 2011

Refleksi puasa hari 1 tahun 2011

Salam Ramadan buat semua rakan-rakan.
Macam mana hari pertama puasa tahun ini?
Semoga dapat berjalan dengan baik.

Sop mulakan refleksi Ramadan pertama dengan solat Terawih semalam. Buat pertamanya Azfar dan Azwar di bawa ke masjid untuk Solat Terawih. Tahun-tahun sebelum ini mereka hanya ditinggal di rumah.

Peringkat awal risau juga untuk bawa mereka takut tidak duduk diam dan membuat bising. Tetapi Alhamdulillah, Azfar dan Azwar mengikut arahan supaya tidak membuat bising dan cuba ikut jemaah solat. Satu pencapaian yang baik kerana boleh membawa mereka ke masjid.

Pagi tadi, mata agak mengantuk semasa di pejabat. Namun begitu, kerja boleh dilakukan tanpa masalah. Rasa lapar tidak rasa langsung kerana telah bersahur pagi tadi.

Pada tengah hari, sempat melelapkan mata di kerusi semasa menanti waktu Zohor. Jika bukan bulan Ramadan, tidak pernah tidur di pejabat waktu tengah hari.

Hari ini, jalan raya sangat sesak dari waktu pagi semasa ke pejabat dan juga waktu balik. Selepas tamat waktu kerja jam 5.00 petang terus mengambil Mrs Sop. Kelihatan semua jalan penuh sesak.

Hari ini, Sop ke pasar Ramadan Setapak Jaya yang berhampiran dengan rumah. Pengunjung sungguh ramai sehingga sukar untuk melihat juadah yang dijual. Sop hanya beli kurma, air, kuih dan ayam percik. Jika dilhat pada makanan pada masa tersebut, semua kelihatan sedap. Ini adalah masa untuk menahan cabaran dan mengelak dari membazir.

Sop berbuka puasa di rumah mertua hari ini. Selepas solat Magrib, baru kami balik ke rumah untuk bersiap solat Isyak dan terawih. Azfar dan Azwar dibawa lagi ke masjid malam ini. Mereka seronok untuk bersama-sama ke masjid. Sop hanya buat 8 rakaat sahaja solat Terawih kerana takut Azfar dan Azwar bosan.

Sekian perkongsian Ramadan untuk hari pertama. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.

Galeri gambar:







EmoticonEmoticon