15 August 2011

Persenda Negaraku di YouTube

Salam bulan Kemerdekaan kepada seluruh warga Malaysia.
Semoga negera kita terus aman dan sejahtera.

Tertarik dengan tajuk berita Persenda Negaraku di YouTube dair Kosmo Online hari ini. Mungkin kerana semangat bulan merdeka kot.. :)

Biasanya yang buat perkara begini hanya untuk seronok-seronok tanpa memikirkan kesannya. Kita sangat marah apabila ada yang membakar jalur gemilang, kita geram apabila ada yang mempelekeh negara kita. Tetapi ada rakyat kita sendiri mempersenda negara. Kita sekarang terlalu selesa dan terlupa tentang sejarah kepahitan negara. Atau jika dibandingkan negara lain yang masih kucar-kacir, kita seharusnya sangat bersyukur.

Bagi pelawat yang terserempak dengan video sebegini di laman web, ia boleh diambil tindakan dengan menekan link "Report Abuse". Laksanakan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.

Komen Sop: Berkobar-kobar menanti Raya Merdeka :) 

KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini terdapat kecenderungan segelintir individu memuat naik video yang didakwa sengaja mempersendakan lagu Negaraku di YouTube.

Tinjauan Kosmo! di laman web berkenaan mendapati ia masih boleh diakses orang ramai dan tidak dialihkan meskipun telah dimuat naik lebih tiga tahun lalu selain telah ditonton lebih 100,000 kali.

Selain video yang memaparkan lagu Negaraku dalam rentak muzik rock, ada juga video yang memaparkan gelagat dua warga asing menyanyikan semula lagu tersebut sambil ketawa sekali gus menyinggung perasaan rakyat negara ini.

Seorang pekerja swasta, Nuratiqah Samad, 25, berkata, dia kecewa dengan tindakan individu terbabit memuat naik video-video berkenaan di YouTube serta menyifatkan tindakan itu sebagai tidak patriotik.

“Baru-baru ini, saya cuba mencari lagu Negaraku di YouTube sempena Hari Kemerdekaan dan terkejut apabila menemui video-video sedemikian.

“Saya kecewa kerana ia boleh diakses dan dilihat di seluruh dunia,” katanya kepada Kosmo!.

Bagi jurugambar bebas, Shahrul Hassan, 40, dia marah dengan sikap ‘kreatif tidak bertempat’ segelintir individu yang mengubah irama lagu Negaraku dan kemudian dimuat naik di laman web tersebut.


EmoticonEmoticon