21 August 2011

Permainan Android oleh Gameloft

Salam 1 Malaysia semua rakan-rakan.

Agak lama Sop tidak buat entry tentang Android. Oleh itu, hari ini Sop ingin berkongsi tentang permainan yang terdapat dalam Android. Untuk makluman, semua entry mengenai Android adalah berdasarkan pengamalan Sop melalui Galaxy Tab.

Gameloft menyediakan pelbagai jenis permainan yang menarik dan hebat. Permainan yang disediakan bukan sahaja Android tetapi sistem operasi lain seperti iPad, iPhone, iPod, Mac dan Smartphone yang lain. Oleh itu, semua boleh memiliki dan mencuba permainan oleh Gameloft ini.

Setakat kini, Sop baru memasang 2 jenis permainan dari Gameloft ini iaitu

  • Asphalt 6: Adrenaline HD
  • N.O.V.A. Near Orbit Vanguard Alliance HD



Kenapa dua sahaja?
Permainan Gameloft adalah berbayar yang mana dijual  USD 2.99 hingga USD 6.99 setiap permainan. Kemudian, pengguna perlu memuat turun fail dari server saiz dari 300MB hingga 600MB bergantung kepada permainan. Untuk Asphalt 6: Adrenaline HD dan N.O.V.A. Near Orbit Vanguard Alliance HD, Sop perlu memuat turun 500MB data. Ia hanya boleh dimuat turun melalui WiFi sahaja. Agak memakan masa untuk memuat turun kesemua data tetapi hasilnya sangat berbaloi.

Jika tiada duit untuk beli permainan oleh Gameloft, anda boleh cuba cari file yang dikongsi melalui carian. Terdapat banyak blog, forum, web Android yang berkongsi. Cuma anda perlu pandai mencari dan mencuba. Kadang kala terdapat fail yang tidak sesuai dengan telefon anda. Untuk lebih spesifikasi carian untuk telefon Android, pastikan anda meletak APK dihujung carian. APK merupakan format fail installer untuk Android.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gameloft, sila lawat http://www.gameloft.com/
Selamat mencuba!


EmoticonEmoticon