Perkara yang membunuh semangat blogging



Semangat berblog adalah penting untuk memastikan blogger kekal aktif dalam dunia blogging. Tanpa semangat, blogger akan terkandas atau tersangkut di dalam perjalanan dan akhirnya boleh membawa kepada tamatnya dunia blogging.

Terdapat banyak faktor yang boleh membunuh semangat berblog dan kesempatan ini, Sop ingin berkongsi beberapa faktor. Rakan-rakan boleh menambah apa yang kurang.

- Tiada matlamat

Adalah penting untuk menentukan matlamat utama menulis blog. Ia merupakan arah tujuan blog kita. Jika menulis blog hanya ikut kawan, trend semasa atau suka-suka, ia akan padam begitu sahaja.

- Tiada perkembangan blog

Blog seharusnya berkembang dari masa ke semasa dari segi penulisan, maklumat, idea, pengunjung, follower dan sebagainya. Ia perlu berkembang ke arah yang lebih baik. Jika ia statik dan tidak berkembang, penulis akan bosan dan akhirnya semangat dan minat akan lutur. Tambah pengetahuan dengan mencari maklumat dan tips-tips yang baru dalam dunia blog.

- Tiada sokongan

Sokongan adalah penting untuk memastikan blogger mampu menghadapi sebarang cabaran dan menambah semangat berblog. Oleh itu, wujudkan rantaian rakan blogger dengan mencari kawan atau rangkaian blogger. Sertai forum atau kumpulan yang boleh memberi sokongan antara satu sama lain.

- Mendapat kritikan

Terdapat blogger yang mendapat kritikan dari blogger lain dengan cara yang tidak betul. Mungkin terdapat blogger yang ingin mencuba sesuatu yang baru atau masih belajar dalam dunia blog. Kritikan yang tidak boleh diterima oleh blogger akan mengakibatkan semangat akan mati begotu sahaja.

- Kesibukkan tugasan harian

Bagi blogger separuh masa, tugasan lain perlu diutamakan dan blogging hanya sebagai perkara sampingan. Sekiranya terlalu sibuk sehingga tidak dapat memberi masa kepada blog, niat untuk berblog akan dilupakan.

- Putus asa

Sesetengah blogger mempunyai harapan tertentu dalam dunia blogging seperti tambah pendapatan, popular, mendapat perhatian dan sebagainya. Jika harapan tesebut tidak tercapai, blogger akan berputus asa. Semangat yang berkobar-kobar akan berhenti begitu sahaja.

Terdapat banyak lagi faktor-faktor lain yang membawa kepada matinya semangat berblog. Sebaiknya cuba atasi perkara di atas untuk terus kekal aktif dalam dunia blog. Usaha adalah tangga kejayaan.

Naik beca jumpa Ultroman,

Sudah baca, silalah komen. Hahahahaha

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »