27 August 2011

Patuhi adab bermusafir semasa sambut hari raya

Definisi:

Bahasa:
Mengembara atau berjalan

Istilah:
Perjalanan dari satu tempat ke suatu tempat yang tertentu melebihi 2 marhalah dengan tujuan kebaikan dan memberikan manfaat

ADAB SEMASA BERMUSAFIR

Tentukan arah kiblat
Banyakkan berdoa
Sentiasa ingatkan Allah
Mengetahui cara tunaikan solat musafir
Tidak merosakkan alam sekitar
Tidak pulang waktu malam


PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru penganut agama Islam yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri supaya mematuhi adab bermusafir sewaktu pulang ke kampung dan kembali dari bercuti.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar) berkata, antara adab tersebut adalah memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat, rehat secukupnya, memandu mengikut had laju, mematuhi undang-undang jalan raya serta sabar ketika memandu.

“Sikap pemandu yang boleh membahayakan nyawa orang lain seperti memotong barisan berkembar, menggunakan laluan kecemasan, tidak menghiraukan kenderaan lebih kecil seperti motosikal dan tidak mematuhi undang-undang adalah satu dosa kerana mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan di jalan raya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.


EmoticonEmoticon