21 August 2011

Mesej shoutbox pilihan

Selepas segmen Komen Pilihan @ Riwayat Hariku berjalan lancar, hari ini Sop ingin membuka satu lagi segmen pilihan iaitu Mesej Shoutbox Pilihan @ RH.

Tujuan segmen ini dibuat ialah untuk memilih mesej-mesej yang kreatif atau menarik yang ditinggalkan di blog Riwayat Hariku. Ia dapat memumpuk blogger menjadi seorang yang kreatif dan inovatif (ayat skima buku, hahahaha)

Untuk terpilih, hanya tinggalkan mesej di shoutbox dalam bentuk kreatif dan menarik. Aneh atau pelik juga akan diambil kira. Oleh itu, sebelum menghantar mesej shoutbox pikir-pikir dahulu.

Mesej yang terpilih akan dipaparkan dalam entry dan akan dimasukkan link blog yang terpilih.
Semoga segmen ini menjadikan anda kreatif dan berkongsi promosi antara blog.

Terima kasih kerana membaca entry ini.

Pecah kaca atas simen,
Sudah baca, harap komen... :)


EmoticonEmoticon