11 August 2011

Komen Pilihan @ Riwayat Hariku #9

Komen Pilihan @ Riwayat Hariku kali ini ialah daripada Saudara Shameel iaitu pemilik blog dalam entry "Refleksi puasa hari ke 8 dan 9". Berikut adalah komen beliau:


Terima kasih Saudara Shameel atas komen tersebut.

Bunga api dan mercun sangat sebati dengan perayaan. Walaupun dalam lirik lagu raya sendiri telah dibuang tetapi dalam budaya Raya masih tetap wujud. Paling tidak seronok untuk didengar ialah tentang berita kecerderaan akibat bermain mercun, ada sahaja yang dilaporkan.

Sop sendiri risau juga apabila anak-anak bermain dan oleh sebab itu, pengawasan penuh dilakukan. Memang tidak boleh dibiarkan, bahaya!

Suka menarik perhatian tentang komen saudara Shameel mengenai kehilangan selipar di masjid. "Untuk damaikan hati, anggap orang tersalah ambil". Beliau mengajak kita berfikiran positif. Dalam psikologi, berfikiran positif mampu menjadi alat terbaik dalam semua aspek. :)


Jom berkenalan dengan saudara Shameel di laman blog beliau http://www.bicaradariaku.com/


EmoticonEmoticon