20 August 2011

Kecewa dengan kereta tempatan

Cantik bila SAGA dijadikan lebih Sporty

Artikel ini Sop ambil dari ruangan komen dari entry "Kereta bari dipakai rosak" yang mana telah diulas penuh oleh Shah_shafzan yang agak kecewa dengan kereta keluaran Proton. Dalam kekecewaan tersebut, Sop bangga dengan sikap beliau yang cuba memberi pandangan dan teguran secara patriotik kepada Proton. Ikuti komen beliau berikut:

saya pemilik saga blm, di beli pada tahun 2009.. niat hendak menyokong barangan tempatan, tetapi kepuasan tidak dapat di rasai apabila kereta tempatan ini sering kali bermasalah.. setelah setahun digunakan spring di bahagian gear 2 kali sudah patah , masalah seterusnya enjin kereta terlalu kuat walaupun melakukan servis di proton servis centre, masalah terbaru kereta tiba tiba tak boleh start... bateri dan masalah lain tiada ... saya telefon proton i-care minta bantuan... apabila technician dtg die kata x boleh repair kena hantar ke sc.. so kereta kena towing.... yang masalah saya fikir kereta saya rosak di dalam kawasan terpencil, dan kawasan yang merbahaya, saya terpaksa menunggu lama. saya bermasalah untk pergi kerja kerana tiada kenderaan lain dan saya bekerja luar di kawasan terpencil, bila kereta siap belum tentu , kos towing hampir 4 ratus,,, saya fikirkan pakai barangan Malaysia bermutu sepeerti yang di war war kan??? tapi betul2 kecewa apabila ramai yang memberi komen kereta buatan tempatan tiada kualiti... kalau macam ni kerja orang kita kereta keluaran kita tidakkan pergi jauh, kenapa kereta import walaupun second hand masih boleh tahan bertahun2,, inikan kereta tempatan baru pakai nak masuk 2 tahun dh macam2 masalah... saya berharap komen ini dapat membina semangat kepada pengeluar kereta tempatan mengkaji di mana kelemahan produk kita, memang saya kecewa tetapi sebagai rakyat Malaysia , saya berharap kita perlu terima kritikan untuk kebaikan.
Kekecewaan dengan produk Proton telah lama berlaku dan dilalui oleh ramai orang. Namun kerana perasaan menyokong barangan buatan Malaysia, kereta-kereta Proton masih banyak dijalan raya. Semoga pihak Proton memandang serius perkara ini. Jika dibandingkan dengan syarikat pengeluaran luar negera, Proton masih sangat baru tetapi kenapa Produa mampu menghasilkan kenderaan yang sangat baik?
Persoalan yang tidak perlu dijawab oleh pengguna itu sendiri.


Komen Sop: Bangga dengan kereta Proton tetapi kurang suka dengan kualiti... :)


EmoticonEmoticon