16 August 2011

Cek Google Adsense - Duit lepas raya



Alhamdulillah, cek Google Adsense telah selamat sampai ke rumah. Kalau tak salah, ini cek yang ketiga. Lupa sebab pendapatan Google Adsense agak perlahan. Keyword untuk Malaysia agak rendah dan berkongsi earning dengan Google lagi sebab guna blogspot.

Kenapa duit lepas raya?

Cek luar negara memakan masa sebulan untuk clear ( Maybank). Walaupun jumlah tidak banyak, sekurang-kurangnya boleh guna untuk isi minyak motor buat pergi kerja. Yang paling penting menaikkan semangat untuk kekal aktif berblog :)

Selepas ini tak tahu bila lagi boleh dapat cek kerana utl gnesop.com telah dibanned. Sop bernasib baik kerana akaun masih aktif. Jika kena banned akaun lagi teruk! Untuk mendapat akaun Google Adsense sekarang sangat susah.

Kepada rakan-rakan yang baru mendapat akaun Google Adsense, selamat menjana pendapatan. Sangat seronok apabila mendapat cek luar negara :)

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon