29 July 2011

Ubah tema paparan Android dengan Launcher


Sudah bosan dengan paparan Android anda?
Ingin kelihatan lebih hebat dan lain dari yang lain?

Anda boleh mengubah tema paparan Android anda mengikut citarasa anda. Namun begitu, Sistem Operasi (OS)  Android tidak sedia terbina dalam telefon atau tablet anda. Berbeza dengan sistem OS telefon bimbit lain yang kebanyakkan tema telah tersedia dalam dan anda boleh menambah koleksi tema tersebut dengan memuat turun.

Tema paparan OS Adroid boleh diubah melalui 2 cara iaitu melalu pemasangan aplikasi "Launcher" dan perubahan tema melalui ROM.

Mengubah tema paparan melalui ROM lebih sukar kerana ia memerlukan pengguna mengubah fail sistem. Untuk tujuan tersebut, pengguna telefon Android perlu "Rooted" sepenuhnya gajet tersebut. Cara ini lebih kepada pengguna yang berpengalaman atau mendapat maklumat sepenuhnya sebelum membuat perubahan.

Cara lagi mudah ialah dengan memasang aplikasi "Launcher" untuk mengubah paparan telefon Android anda. Terdapat beberapa jenis 'launcher' yang boleh dimuat turun daripada Market dan kebanyakkan adalah percuma. Setiap jenis "launcher" mempunyai 'themes' yang tersendiri dan anda boleh memilih 'themes' mengikut citarasa anda.

Penggunaan "Launcher" tidak mengubah sebarang fail sistem anda dan pengguna tahap "amatur" mampu mengguna aplikasi ini dengan mudah.

Cara untuk menggunakan Launcher ini ialah dengan memasang aplikasi utama "Launcher". Untuk tambahan themes, anda pelu memuat turun themes dari Market. Pastikan themes yang dimuat turun adalah sama dengan jenis Launcher yang digunakan. Terdapat themes yang berbayar tetapi banyak themes adalah diberi secara percuma.


Semasa setting Launcher, anda boleh memilih jenis icon, widget, transform dan lain-lain lagi. Tips mudah untuk memilih launcher yan g terbaik ialah dengan merujuk 'review' dan 'rating' yang telah diberikan oleh pengguna.

Antara Launcher yang boleh diperolehi untuk OS Android di market ialah seperti berikut:
  • GO Launcher
  • ADW Launcher
  • Regina 3D Launcher
  • Zeam Launcher
  • Launcher 7
Untuk galaxy Tab, Sop guna Themes Honeycomb oleh ADW Launcher. Beberapa widget telah ditambah untuk memastikan ia kelihatan dengan OS Android 3.0 Honeycomb.

Pemilihan dan setting widget android akan dibincangkan dalam entry-entry yang akan datang.


EmoticonEmoticon