27 July 2011

Sambung internet dari Android ke komputer

Berikutan entry mengenai Android sebelum ini (Panduan ringkas Android), Sop teruskan dengan cara membuat sambungan  internet dari telefon bimbit OS Android.

Telefon bimbit Android anda boleh dijadikan modem melalui beberapa cara. Cara yang biasa Sop gunakan ialah menjadikan Galaxy Tab sebagai router WiFi. Ia amat mudah kerana tidak memerlukan cable dan driver. Malah Sop boleh sharing dengan rakan-rakan. Namun apabila jumlah sambungan terlalu ramai, kadar kelajuan internet akan berkurangan dan jumlah data internet akan bertambah. Bagi yang tidak menggunakan data plan limited, pastikan berhati-hati.


Untuk membuat fungsi ini, sila ke menu Setting -> Wireless and Network -> 3G Mobile Hotspot atau AP (bergantung kepada versi Android)


Semasa membuka fungsi Hotspot ini, pastikan anda memasukkan key atau password untuk memastikan orang lain tidak dapat membuat connection juga.

Jika menggunakan PC, Sop akan membuat sambungan internet melalui cable. Untuk membuat sambungan cable, pastikan PC dimasukkan driver telefon bimbit anda. Jika tidak, PC tidak dapat mengesan sambungan tersebut dan PC tidak akan mendapat capaian internet. Driver boleh dimuat turun dari laman web jenama telefon yang digunakan. Sop suka menggunakan sambungan cable kerana dalam masa yang sama telefon boleh dicas bateri.

Untuk membuat capaian internet melalui cable, sila ke Setting -> Wireless and Network -> Tethering. Semasa sambungan cable, paparan akan menunjukkan untuk connection folder. Abaikan dengan menekan butang "Home".

Sekarang ini, Sop tidak lagi menggunakan broadband untuk capaian internet. Telefon Galaxy Tab Sop merangkumi semuanya. Oleh itu, Sop perlu menggunakan pelan data tanpa had.

1 comment:


EmoticonEmoticon