09 July 2011

Ronda-ronda sekitar Hat Yai, Thailand

Salam 1 Malaysia semua.
Hari ini Sop telah selamat sampai ke rumah pada jam 9.30 malam.

Selama 2 hari 1 malam berada di Hat Yai, beberapa pengalaman baru yang dapat dilalui. Negara orang, lain ragamnya.

Aktiviti utama berada di Hat Yai ialah meronda di sekitar pekan Hat Yai. Hotel penginapan yang berada di tengah pekan memudahkan untuk Sop meronda-ronda. Selain itu, teksi (tut tut) sentiasa berada di hadapan hotel untuk membawa anda ke mana sahaja. Kos pula adalah murah iaitu bermula RM1-2 sahaja.

Kedai makanan halal juga sangat dekat dengan hotel dan pelbagai menu yang disediakan.

Secara keseluruhan, aktiviti pengunjung di sini ialah membeli belah. Terdapat banyak kedai pakaian dan gerau kaki lima di sekitar. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan jika anda bijak menawar, harga lebih murah boleh diperolehi.

Pada petang tersebut, terdapat rakan Sop yang membeli sim kad telefon nombor Thailand. Hanya RM5 untuk stater pack dan reload boleh didapati dalam RM5, 10 dan seterusnya. Dengan cara ini, ia lebih jimat berbanding roaming talian sendiri.

Pada malam tersebut, kami telah meronda menggunakan tut tut. Apa yang menarik tentang tut tut kami naiki ialah ia telah diubahsuai dan set video tv dipasang pada tut tut tersebut. Dengan sistem audio yang canggih, kami seperti berada dalam konsert bergerak. Namun begitu apabila spiker berada di tepi telinga, rasa macam hendak pekak pula. Kami dibawa meronda sekitar pekan Hat Yai dengan kos 300batt atau RM30 sahaja untuk sebuah tut tut tersebut.

Selain itu, Sop sempat makan pulut durian yang dijual di depan hotel. Walaupun hanya diletak 2 ulas durian tetapi saiz durian sangat besar. Satu pinggang sudah cukup mengenyangkan. Kos sepinggan pulut durian tersebut ialah 500batt sahaja.

Galeri gambar:































EmoticonEmoticon