27 July 2011

Panduan ringkas pengguna baru Android



Panduan atau tutorial ini hasil dari pertanyaan iza82 yang meminta berkongsi tentang penggunaan Android.

Android iaitu sistem operasi untuk mobile yang terkenal sekarang ini telah mula digunapakai oleh banyak jenama telefon bimbit selain dari jenama yang mempunyai sistem operasi sendiri seperti symbian, iphone dan blackberry.

Pada pendapat Sop, Android sangat mesra pengguna terutama telefon jenis skrin sentuh. Boleh dibezakan kelancaran Android berbanding sistem operasi lain kecuali iPhone.

Bagaimana hendak mulakan menggunakan telefon OS Andriod ini?

Perisian yang terdapat pada telefon asal hanya basic iaitu keperluan sebagai telefon sahaja. Untuk menambah aplikasi, anda perlu ke market Andriod untuk memuat turun. Aplikasi market telah terdapat dari asal telefon. Terdapat aplikasi yang dibekalkan secara percuma dan juga berbayar. Kebiasaan aplikasi yang berbayar adalah berbentuk profesional atau canggih.

Antara aplikasi yang perlu ada pada sebuah smartphone adalah seperti berikut:

- Facebook

- Twitter

- Gmail/Gtalk - biasanya telah tersedia ada

- Yahoo Mesegger dan Yahoo Mail

- WhatsApp - untuk mesej secara percuma kepada yang memasang aplikasi WhatsApp. Ia menggunakan internet

- Blogway atau blogdroid untuk penulis blog

- Maps atau GPS untuk panduan arah

- Dan lain yang dirasakan perlu

Anda hanya perlu cari aplikasi yang diperlukan dari Market dan pasang pada telefon bimbit anda.

Entry seterusnya akan menyentuh lebih banyak tentang sentting dan penggunaan menggunakan Android.

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon