15 July 2011

Obses dengan Android Honeycomb 3.0

Beberapa hari ini, Sop terlalu fokus dengan Android Honeycomb 3.0 yang dikeluarkan oleh Google. Apabila melihat video dan forum mengenai Android Honeycomb 3.0 ini, terus jatuh hati.

Melalui perbincangan forum-forum Android, terdapat pembangun sistem yang cuba memasukkan Galaxy Tab 7" dengan Android Honeycomb ini. Walaupun masih diperingkat awal pembangunan, jalan untuk menuju kejayaan kelihatan cerah. Terdapat video yang memamparkan Galaxy Tab 7" telah menggunakannya dan selebihnya hanya menggunakan Laucher atau themes.

Dalam  dua tiga hari ini, Sop hanya mengkaji perkara tersebut. Walaupun Android Froyo yang ada pada Galaxy Tab Sop sekarang tiada masalah, tetapi sifat ingin mencuba sesuatu yang baru sentiasa membara.

Oleh kerana tiada lagi themes atau ROM yang official yang keluar, Sop akan menggunakan Launcher Honeycomb 3.0 dahulu. Ia mampu memberi gambaran yang menyerupai Android Honeycomb juga tetapi tidak sepenuhnya.

Berikut adalah video mengenai theme Android Honeycomb 3.0 pada Galaxy Tab 7":



Sop cuba menggunakan ADW Launcher EX dan Android Honeycomb 3.0 Theme.

Semoga selepas ini, terdapat update yang membolehkan Galaxy Tab 7" menggunakan Android Honeycomb 3.0. :)


EmoticonEmoticon