03 July 2011

Menonton Transformers - Dark Of The Moon



Sudah menonton filem Transformers terbaru?

Jika belum, jom baca entry ini untuk mengetahui pandangan Sop mengenai filem ini.

Filem Transformers merupakan filem kegemaran Sop dan keluarga. Selepas cemerlang siri pertama dan kedua, tidak sabar rasanya untuk melihat siri yang ketiga. Apabila melihat triller Transformers Dark Of The Moon, kami bayangkan filem ketiga Transformers akan lagi hebat dari siri sebelun ini.

Namun begitu, filem Transformers 3 tidak menepati sasaran kami. Harapan untuk melihat filem Transformers yang hebat tidak kesampaian kerana perjalanan cerita yang sangat bosan. Filem ini lebih banyak bercakap dari aksi. Kami terpaksa menunggu sehingga ke akhir cerita untuk melihat aksi yang dinantikan.

Secara keseluruhan filem ini adalah membosankan kerana jalan cerita tidak menarik dan aksi yang kurang. Beberapa kali Sop terlelap semasa menonton dan manakala Azwar dan Azfar mula tidak duduk diam kerana kebosanan.

Oleh itu, kepada rakan-rakan yang belum menonton filem Transformers 3, boleh timbang-timbang untuk menonton atau tidak. Tidak berbaloi untuk beratur panjang sedangkan filem tidak begitu hebat.

Untuk filem ini, Sop bagi 1/5 bintang sahaja. Ia tidak meneruskan kehebatan siri-siri sebelum ini.

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon