31 July 2011

Menonton filem Captain America



Salam 1 Malaysia semua.

Selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam esok.

Semalam Sop sekeluarga ke TGV Wangsa Walk untuk menonton Captain America. Filem pada mulanya pendapat Sop semasa melihat trailler tidak begitu hebat untuk ditonton tetapi sebaliknya.

Filem yang yang penuh aksi dan jalan cerita yang sangat baik. Ia mengisahkan seorang pemuda yang sangat ingin menjadi askar dan telah terpilih mengikuti program ketenteraan khas. Beliau menjadi percubaan untuk vaksin yang dicipta oleh doktor Jerman. Hasilnya dari seorang yang kurus kering dan lemah telah menjadi kuat dan sasa.

Selepas ujian berjaya, doktor yang mencipta vaksin tersebut telah ditembak penjahat yang berada dalam bilik eksperimen tersebut.

Dengan keberanian dan kehebatan, beliau mula beraksi dan memusnahkan penjahat.

Jalan cerita ini bukan sahaja dipenuhi aksi tetapi juga adegan lawak yang menghiburkan.

Sekiranya anda belum lagi menonton Filem Captain America, sila ke panggung segera untuk menonton. Filem ini Sop bagi 4/5 bintang.

Apa pendapat anda pula bagi yang telah menonton?

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon