Makan malam di Amy Tomyam, Setapak Jaya



Sudah makan malam?

Jika sudah, makan apa malam ini?

Sop dan keluarga makan malam di Amy Tomyam yang terletak di Setapak Jaya. Di sekitar kawasan ini terdapat deretan kedai makan yang sentiasa dipenuhi pengunjung terutama pelajar IPT.

Kebiasaannya Sop makan di kedai Sufian tetapi malam ini kedai beliau tutup.

Kenapa kami suka makan di sini?

Pertamanya harga makanan di kedai makan di sini adalah murah dan rasa yang sedap. Tidak hairan jika ramai pelajar yang menjamu selera di sini.

Namun ruang parking yang terhad menyukarkan pengunjung untuk singgah kecuali penunggang motosikal.

Jika kesempatan, pastikan singgah untuk menjamu selera apabila melalui kawasan ini.

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »