20 July 2011

Kongsi artikel di Riwayat Hariku (cadangan)

Salam 1 Malaysia semua.

Sop sedang merangka untuk mengadakan ruangan perkongsian artikel oleh blogger di blog Riwayat Hariku. Idea keseluruhan ruangan perkongsian ini telah dikumpul dan sekarang dalam peringkat persediaan.

Tujuan ruangan perkongsian artikel ini dibina adalah untuk keuntungan bersama dari segi trafik, pendapatan dan sebagainya.

Untuk ruangan ini, template akan diubahsuai untuk memastikan ia sesuai dengan konsep yang diketengahkan.

Secara jujurnya Sop tidak pasti bagaimana pandangan rakan-rakan mengenai idea ini tetapi tidak salah untuk mencuba. Terdapat unsur keuntungan bersama yang boleh diketengahkan dalam idea ini.

Setakat kini, ini sahaja dapat dikongsi dahulu. Maklumat seterusnya akan dikongsi pada entry akan datang.

Sebarang cadangan atau komen amat diharapkan. Terima kasih :)


EmoticonEmoticon