Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Seri Rampai

Hari ini Sop menghadiri Sukan Sekolah Taman Seri Rampai yang mana Azfar, anak Sop terlibat dalam acara larian 60 meter Prasekolah. Hanya 12 murid yang terlibat untuk acara tersebut iaitu 6 murid lelaki dan 6 murid perempuan. Saringan telah diadakan sebelum ini untuk memilih 12 yang terbaik.

Kejohanan bermula pada jam 8.00 pagi dan telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKTSR. Semasa perbarisan kontijen rumah sukan, hujan mula turu. Namun begitu acara tetap diteruskan.

Selepas upacara perasmian, larian kategori prasekolah dimulakan. Walaupun masih hujan, ia tidak menghalang dari diteruskan mengikut jadual.

Dalam larian tersebut, Azfar telah mendapat tempat kelima. Sop tetap berbangga walaupun Azfar tempat kelima kerana hanya beliau seorang berusia 5 tahun. Rakan murid prasekolah lain semua enam tahun. Mendapat top lima sudah dikira pencapaian terbaik.

Semasa penyampaian hadiah tadi, Azfar agak sedih kerana melihat tiga rakan beliau mendapat hadian. Walaupun semalam telah mendapat hadiah gangsa dalan acara sukaneka tetapi beliau masih berharap mendapat hadiah lagi. Biasalah kanak-kanak, mesti sedih bila tidak dapat hadiah :)

Secara keseluruhan, kejohanan telah berjalan lancar walaupun cuaca kurang baik. Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang berjaya melaksanakan kejohanan tersebut.

Galeri gambar:




















Previous
Next Post »