19 July 2011

Harley Davidson menjadi idaman

Jika singgah ke KLCC untuk menonton wayang, pasti kedai Harley Davidson menjadi singgahan. Bukan sahaja Sop teruja untuk melihat motosikal yang terdapat di situ tetapi Azfar dan Azwar juga.

Setakat kini, untuk memiliki motosikal Harley Davidson hanya sekadar impian yang jauh untuk dicapai. Harga paling sebuah motosikal Harley Davidson adalah RM80k. Belum lagi aksesori seperti jaket, helmet, boot dan sebagainya.

Adalah seronok meninjau motosikal dan aksesori Harley Davidson kerana bentuk yang unik dan elegan. Jenama yang begitu gah di dunia itu mampu menarik minat semua golongan.

Agaknya, siapa hendak sponsor Sop sebuah motosikal Harley Davidson? Hahahaha

Galeri gambar:











EmoticonEmoticon