Dalam bas perjalanan ke Kedah



Salam 1 Malaysia semua rakan-rakan.

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke blog Riwayat Hariku.

Sop sekarang berada dalam bas untuk ke Kedah. Kami mengadakan lawatan kerja selama 3 hari 3 malam. Ini bermakna, kami akan kembali ke Kuala Lumpur pada hari Jumaat.

Perjalanan bermula tadi pada jam 11.00 malam dan dijangka akan tiba pada pagi esok. Aktiviti sekarang dalam bas ialah menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan aktiviti blogwalking pelahan-lahan. Rasanya selepas ini, Sop akan tidur sahaja. Sop akan pening jika naik bas dan mabuk bas jika perjalanan jauh.

Agak lama juga tidak naik bas untuk perjalanan jauh.

Doakan semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik.

Sekian, terima kasih.

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »