Cek pertama ChurpChurp - terima kasih



Bilangan yang pertama pasti sentiasa menjadi istimewa sama ada kedudukan, pengalaman atau juga angka. Oleh sebab itu, cek pertama hasil pendapatan dari ChurpChurp sangat istimewa walaupun jumlah tidak banyak.

Secara keseluruhan, pendapatan ChurpChurp sedikit perlahan berbanding Nuffnang tetapi ia mempunyai kelebihan sendiri. Buat masa ini, iklan ChurpChurp Sop hanya share melalui Twitter dan Facebook sahaja. Oleh sebab itu, jumlah pendapatan terkumpul adalah perlahan.

Ramai yang mampu mengumpul beribu-ribu dengan ChurpChurp ini dengan usaha yang berlipat kali ganda. Buat masa ini, Sop tidak terlalu fokus untuk mengejar pendapatan. Jika ada, ia adalah rezeki tetapi jika sebaliknya, Sop masih juga aktif dalam dunia internet. Tidak sanggup membuat spam dengan rakan-rakan demi untuk mengejar pendapatan.

Sop ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pohak ChurpChurp dan Nuffnang atas cek ini. Kalau boleh, bagilah assigment banyak lagi (ayat bodek ka?) huhuhuhu

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »